.

.

Saturday, 31 December 2011

johara pagi era (pasti gempak)

Johan akan mula bertugas secara tetap di JoHaRa Pagi ERA menggantikan slot Riuh Pagi ERA yang sebelum ini dikendalikan oleh Aznil Haji Nawawi. Ray & Haniff masih meneruskan misi dan akan turut sama bergandingan dengan Johan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
 jom tgk..start 2 hb jan..2012..






p/s: i'm fan of johan...lawak menjilat jari

obesiti




Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?  Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :
• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
• Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
• Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan  kesihatan.
• Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
• Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
• Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur -  Sila rujuk jadual BMI  berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
• Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang  mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
• Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam Apakah komplikasi masalah ini?

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang  tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah
berlebihan berat badan?

1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan  rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan  berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam  sehari.
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat  sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar  Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda  mempunyai masalah berkaitan berat badan.

Apakah rawatan yang boleh diperolehi ?
Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
1. Pemakanan
o Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
ƒ Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
ƒ Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari
(satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat). = 30% kalori daripada lemak.
o Untuk mengurangkan berat badan :
ƒ Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
ƒ Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar  makanan anda.
ƒ Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee). ƒ Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
ƒ Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
ƒ Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat
dan saranan makanan yang boleh di ambil.
2. Aktiviti fizikal
o Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking")
jauh dan bersenam semasa menonton TV.
o Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih
daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara
beransur-ansur.
o Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis
dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda  menyediakan jadual aktiviti khas untuk
menurunkan berat badan anda seterusnya  mengekalkan berat badan, kesihatan dan
kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
3. Ubah tabiat anda.
o Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti
tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
o Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan
aktiviti fizikal.
o Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
o Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal
aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
o Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
4. Ubat-ubatan
o Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
o Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

5. Pembedahan
o Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu
contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk
seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
o Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit
seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi. Berapa lama seseorang perlu dirawat?
• Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami
kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang
hayat.
• Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan?
Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
• Ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
• Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.

Friday, 30 December 2011

hallmark cards inc swot analysis




SWOT ANALYSIS


Hallmark Cards (Hallmark) sells greeting cards and related personal expression
products all over the world. The company markets its products under the brand names
Hallmark, Expressions From Hallmark and Ambassador. The company has strong
leadership position. The company’s market leadership gives it a competitive
advantage and drives revenue growth. However, increased competition from discount
card retailers such as Cardsmart could result in loss of market share.


Strengths 

Market leadership
The company has a strong leadership position. Hallmark is the largest greeting cards company in the US with over 50% market share. It is ranked 80th on the Forbes list of largest private companies in 2007. Hallmark’s personal expression products are found in more than 43,000 retail outlets in the US. About 5,000 are specialty stores of which nearly 3,700 are certified Hallmark Gold Crown stores; another 30,000 are mass merchandise retailers, including discount, food and drug stores. The firm provides ecards and custom greeting cards for businesses and organizations through its Hallmark Business Expressions  division.Hallmark publishes products in more than 30 languages and distributes them in more than 100 countries. The company’s market leadership gives it a competitive advantage and enhances the company’s bargaining power.

Wide product portfolio
The company offers a wide product portfolio. The company’s offerings include greeting cards, gifts, gift wrap, ornaments, memory keeping products, magazines, holiday cards, holiday gifts, holiday gift wrap, party products, stationery and special collections. The company offers these products under different brands such as Crayola, Portfolio Series, Crayola FACTORY, Silly Putty, Hallmark, Shoebox, Expressions, Sunrise

Greetings, Weiner Dog and Ambassador. A wide product portfolio provides the company with a competitive advantage and enhances its visibility.

Strong creative team
Hallmark has a strong creative team consisting of around 800 artists, designers, stylists, writers, editors, and photographers. Together they generate more than 19,000 new and redesigned greeting cards and related products per year. The company offers more than 48,000 products in its model line at any one time. For a company, whose success depends to a large extent on new and creative ideas, the support of a
strong creative team gives it a clear advantage in the market.

Weaknesses 

Dependence on mass merchandisers in the US
Hallmark depends on a large extent on mass merchandisers and large retailers for distributing its products in the US. Out of the 43,000 retail outlets which sell Hallmark’s products, 30,000 are mass merchandisers, including discount and food stores. Large buyers have more leverage with vendors like Hallmark and negotiate orders at lower prices, thereby increasing pressures on the margins.

Opportunities 

Popularity of broadband and Internet
The Internet has emerged as a major medium for distribution of products, advertising and displaying product information. Recently, broadband is also beginning to gain popularity and allows users to stay connected to the Internet 24 hours a day at a fixed monthly charge. Popularity of broadband facilitates buying and selling over the Internet and encourages e-commerce. Online consumer spending worldwide is forecast to rise from $136.6 billion in 2004 to $227.7 billion in 2007. Online shopping is steadily growing in popularity in the US.
During the second quarter of 2005, e-commerce sales grew 26% as compared with the same period of the previous year. The US online retail sales have been estimated to have grown from $104 billion in 2005 to $130 billion in 2006. The US online retail sales are expected to grow annually by 17% in 2007-2008. The online retail sales in the US are expected to reach $329 billion in 2010. Significant growth in online sales is  forecasted for all categories of consumer goods.Hallmark sells many of its products over the internet through its website and thereforehas an opportunity to strengthen its distribution by promoting its e-commerce
activities.

New product launches
The company introduced new products in the recent past. NXT, a provider of sound
solutions, launched the first range of NXT-equipped sound cards from Hallmark Cards
in August 2007. Hallmark launches HallmarkPark.com, a new interactive web site and greeting card
collection in March 2008. In the same month, Hallmark introduced Adhesive Gift
Wrap. The first-of-its-kind product is coated on one side with a low-tack adhesive
invented by Hallmark, which sticks firmly to packages, creating a beautifully-wrapped
gift without a lot of extra work. It is being sold exclusively at Hallmark Gold Crown
stores. Hallmark Cards introduced greeting cards produced on paper made from sugar cane
pulp and recycled fiber for the Connections from Hallmark brand. The cards were
made available for in 3,600 Wal-Mart stores across the US in April 2008. By launching
new products, the company could attract new customers and boost its market share
and revenue growth.

Threats 

Intense competition
Competition among greeting card publishers is intense, with both large and small companies investing to take a bigger share of the market. There are an estimated 3,000 greeting card publishers in the US ranging from small family-run organizations to major corporations. In an effort to compete with leading players such as Hallmark and American Greetings, some retailers are offering a growing selection of $0.99
cards. For example, value-priced greeting card retailer Cardsmart Retail (Cardsmart), a chain owned by Rhode Island-based Paramount Cards, is selling its cards and products at 50% off list price. Cardsmart is a national chain of franchised and company-owned stores that has posted strong growth in recent years. Increased competition from discount card retailers such as Cardsmart could result in loss of market share.

Popularity of SMS and MMS for personal expression
In the past few years there has been strong growth in usage of short messaging
service (SMS) and multimedia messaging service (MMS). The US and Europe have
seen strong increase in SMS and MMS usage for personal expression. Consumers
are increasingly inclined to substitute sending greetings and gifts by using advancedand easy-to-use messaging services. Increasing popularity of SMS and MMS would
threaten growth of greeting card companies such as Hallmark.

Rising labor wages
Labor wages are rising in the US. In recent times, tight labor markets, increased
overtime, government mandated increases in minimum wages and a higher
proportion of full-time employees are resulting in an increase in labor costs, which
could materially impact the company’s results of operation. The federal minimum
wage rate in the US, which had remained at $5.15 per hour since 1997, has increased
to $5.85 per hour from July 2007. The federal minimum wage rate is further expected
to rise to $6.55 an hour in July 2008 and then to $7.25 an hour effective July 2009.
Hallmark employs around 9,300 associates in the US out of which 4,200 work fulltime.
The company also employs 800 artists, designers, stylists, writers, editors and
photographers in the US. The company’s success depends on its ability to attract and
retain efficient employees in all segments of its business. Increased labor costs in the
US could increase overall costs, resulting in a decline in its profitability


Thursday, 22 December 2011

duit baru malaysia




KAKITANGAN Bank Negara (dari kiri), Noor Aimah Mohd Nor, 32, Zamihartini Osman Bashah, 33, dan Rosdiana Faziera Selahuddin, 32, menunjukkan not wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk not wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur.







gambar duit RM20






femes dowh..akak ni..haha




Tuesday, 20 December 2011

kematian pemimpin Korea Utara


Media Korea Utara semalam mendedahkan bahawa Jong-il meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas ketika berusia 69 tahun.




Kim Jong Il adalah pemimpin kedua Korea Utara yg bersifat karismatik .  Kim Jong Il mengambil alih kepemimpinan dari ayahnya yang mati pada tahun 1994 kerana serangan jantung. kemudia beliau mati juga disebabkan sebab yang sama iaitu serangan jantung.  pemerintahan kim jong II mementingkan kekuatan tentera yang menjadikan Korea Utara sebagai negara paling besar ke-5 di dunia dalam kekuatan ketenteraan, termasuk dengan senjata nuklearnya, walaupun rakyatnya banyak yang hidup susah. 
Sebilangan besar rakyat korea utara amat sedih dengan kematian beliau.

tangisan rakyat korea utara










Seorang penganalisis Institut Analisis Pertahanan Korea, Baek Seung-joo berkata, Korea Utara bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kematian Jong-il sejak beliau mengalami strok pada 2008.
Buat sementara waktu, tentera dan keluarga Kim akan cuba mendokong Jong-un sebagai ketua 





sumber:dailymail




Monday, 19 December 2011

banjir di kluang johor

KLUANG: Anggota RELA memimpin seorang warga emas, Maznah Jaalam,64 bersama cucunya Hafid Jamhadi,3 untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas kediamannya dinaiki air sedalam 1.5 meter di Kampung Mengkibol, Batu 4, Jalan Renggam.





paras air sungai di kampung bentong


senarai pusat pemindahan banjir




 sumber:mymetro
fbfanpage:kami anak jati kluang

2 cerita paling popular 2011

Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan adalah cerita paling hangat tahun 2011..




 (GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP)




diikuti dengan berita gempa bumi di jepun

Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 


sumber:nzherald


cara menghias TIMELINE fb anda

ape timeline tu???
kalau tak tau..aku memang tak pandai nak terang..
bagi yang tau..
..
ni ade sedikit tips yang amat sedikit..

1. guna website ni  tuk buat korang punye cover...ataupun website ni
2.ikut kreativiti masing2...
3. tiru
contoh TIMELINE facebook yang menarik ni..












semoga berjaya!






uji mata anda (entri karut)

tengok gambar2 ni...kli ade jpe kucing...mmg hebat

gambar 1




nampak???..xhebat lagi..try gambar ni...







 nmpak???...klu nmpak try gmbar ni lak..



nampak?..anda memang hebat!!!!

just joking




Saturday, 17 December 2011

Pelancaran Google Schemer


Google memperkenalkan satu perkhidmatan baru, dinamakan sebagai Schemer. Melalui Google Schemer yang masih dalam peringkat pendaftaran melalui jemputan ini, ia membolehkan para pengguna mencari pelbagai perkara menarik untuk dibuat dan dikongsikan bersama-sama dengan rakan yang lain




ni die pnyer link google schemer..hanya invited person only..so jom kite try try..mne tau dpt invite try google schemer ni



Friday, 16 December 2011

pembeli i-phone 4S pertama di malaysia

i-phone 4S


 PEMBELI iPhone 4S pertama Leanard Chan, 16, dan Cheng Kan Yew, 37, menunggu dari pagi untuk memiliki iPhone 4S yang dilancarkan oleh Maxis untuk pasaran Malaysia di KLCC






                                                                                            sumber:myMetro

Thursday, 15 December 2011

MALAYSIA VS ARAB SAUDI (FEBRUARI 2012)


                              
 : Harimau Malaya terus menerima pelawaan untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dan yang terkini adalah menentang pasukan Arab Saudi di Melbourne, Australia pada 20 Februari depan. 

Laman sesawang Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), memetik pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal sebagai berkata, bahawa pelawaan itu adalah satu pengiktirafan kepada pasukan bola sepak negara yang semakin mendapat perhatian daripada pasukan berkualiti lain


SEMOGA SKUAD NEGARA DAPAT MENGGUNAKAN PELUANG INI UNTUK MEMARTABATKAN IMEJ NEGARA DALAM ARENA BOLA SEPAK



Gambar Tanah Runtuh di Jalan Kuantan-Sungai Lembing


KUANTAN — Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter Selasa malam.
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi. Lalulintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.
Phang berkata satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam membina semula laluan tersebut kerana ia tidak terletak di bawah pakej pelebaran Jalan Kuantan-Sungai Lembing.

 sumber:bernama

 Kerja-kerja membaik pulih jalan sedang dijalankan akibat mendapan tanah di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing.

sumber:myMetro


Saturday, 10 December 2011

antivirus paling bagus di dunia

                                                   ANTI VIRUS TERKUAT ABAD INI

dan

NAMUN BEGITU
TERDAPAT SATU LAGI ANTIVIRUS YANG BERKESAN
NI DIAAA!!
ini lar antivirus yang paling berkesan!!



juz joking..;-)

Friday, 2 December 2011

Kesan Tamadun Islam Terhadap Dunia Matematik


Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab.

Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.

Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya sampai ke Sepanyol.

Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.

Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan.

Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.

Sejarah Matematik Islam

Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan.

Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap.

Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.

Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad.

Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad.

Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab.

Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma'mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun.

Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan penyelidikan.

Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana.

Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven.

Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya.

Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah.

Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.

Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz "Basmalah".

"The mathematicians responded by always invoking the name of God at the beginning and end of their works and even occasionally referring to Divine assistance throughout the texts" -(Victor J. Katz)

Terpegun membaca ayat ini. Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.

Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau matematik gunaan.

Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia.

Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang.

Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini.

Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.

Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.

Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.

(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)

Sejarah ditulis oleh pemenang

Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam. Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan formula-formula matematik.

Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton, Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak diabadikan.

Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan untuk menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam dilihat tidak significant dengan Ilmu. Sekadar pandangan.

Ayuh budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju kehadapan dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam. Kembalilah kepada Islam.

Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba diakhirnya bertemu dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.