.

.

Thursday, 15 December 2011

Gambar Tanah Runtuh di Jalan Kuantan-Sungai Lembing


KUANTAN — Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter Selasa malam.
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi. Lalulintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.
Phang berkata satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam membina semula laluan tersebut kerana ia tidak terletak di bawah pakej pelebaran Jalan Kuantan-Sungai Lembing.

 sumber:bernama

 Kerja-kerja membaik pulih jalan sedang dijalankan akibat mendapan tanah di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing.

sumber:myMetro


0 celoteh: