.

.

Friday, 14 September 2012

"innonce of muslim" Filem menghina nabi Muhammad S.A.W

Innocence of Muslims merupakan filem buatan Amerika Syarikat yang terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW.


Kesan dari pengedaran Film Innocence of Muslims Menghina Nabi Muhammad juga telah menimbulkan banyak bantahan khususnya di Libya, yang juga menimbulkan rusuhan di Kaherah akibat kesan dari filem ini.

filem ini diarahkan oleh Sam Bacile seorang yahudi-israel dan disokong oleh Tery Jones yang pernah membakar quran satu ketika dahulu.
Laknatullah Sam Bacile menyifatkan bahawa islam itu cancer.
Paderi California Tery Jones yang dahulunya telah membakar Kitab suci al-quran telah kembali menunjukan kebenciannya terhadap islam apabile mempromosikan filem ini



sedutan trailer yang di ambil dari you tube



Menghina Nabi Muhammad SAW adalah menghina agama Islam yang suci. Maruah Islam perlu dipertahankan..ALLAHUAKBAR

Saturday, 28 July 2012

Persoalan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa


Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa.

 Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih. 


2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat. 

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.


13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175


sumber


Monday, 9 July 2012

yuna berlakon kat hollywood??

yang sebenarnya...tidak benar sama sekali. tapi Yuna dikatakan sekali lagi mengharumkan nama negara, apabila lagu covernya, Here Comes The Sun, nyanyian asal kumpulan legenda, The Beatles, menjadi pilihan produksi antarabangsa sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta yang berjudul Savages, arahan Oliver Stone (power tu).  Kehebatan Yuna sebagai penyanyi harus menjadi contoh kepada semua artis di negara ini. Buktikan bakat dan kemampuan, bukannya kontroversi semata-mata!


nilah lagunyer..

Wednesday, 30 May 2012

[PELIK] Escalator Di Perkampungan Setinggan


Agak pelikkan, tapi inilah kenyataan, di Colombia, di sebuah perkampungan setinggan di atas bukit telah di bina escalator, Mereka telah menggantikan lebih daripada 350 anak tangga konkrit. Pegawai-pegawai berkata bahawa penggunaan mereka akan mengurangkan kenaikan 35 minit menuruni cerun hingga enam minit. Semua ini secara percuma.





koleksi Cerita Lawak



Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Kamal yang sedang bertugas lalu bertanya, 
Kamal: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Kamal menjawab 
Kamal: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali? 
Kamal: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini. 


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... 
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. 
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab, "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku." 


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka...
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." 
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!" 
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang. 
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, 
"Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven." 



Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. 
Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,
"Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"
Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.
"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!"
Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga."
"Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" 
"Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam." 
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?" 
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. 


cucu : ada sebuah kapal diberitakan tengelam bersama - sama penumpang sejumlah 50 orang. tapi semuanya terselamat atuk.
atuk : kapal tenggelam dng. penumpang mana boleh terselamat ?
cucu : bagaimana tak selamat, itunya kapal selam. 


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari 
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini 
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. 
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, 
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN.. .MINUMLAH ARAK... gile arr!!


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail... 
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman. 
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman. 
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon. 


Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding kaca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi "MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR". 
"Hah...? biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah ia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas. Setelah selesai, ia segera hendak berlalu dari tempat tersebut. 
Tapi belum sempat ia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.
Pak Pandir: " Macammana nie, di papan iklan tertulis Makan Dulu, yang bayar nanti cucu saya." 
Pelayan: " betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik!"

pegalaman aku naik bas(18SX) 
Pengalaman Pertama:
Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan
susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia 
ketat sangat, aku beratur kat belakang dia. Sekali dia 
cuba angkat kaki nak pijak
tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan
zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi
cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat
belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia
gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh
kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat
dia terus ketangga pertama. Tapi malang dia pusing kebelakang
dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang
pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia
dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku. Aku pun jawab
"Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali
bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar awang kat dalam tuh"
Cepat2 dia mintak maaf kat aku.

Pengalaman Kedua
Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh
sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada
sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak
diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak
tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai
aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan
tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt 
dia aje punye pendek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu,
Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat 
riba pakcik tu….pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah"
….tak gune punya pakcik…..

Pengalaman Ketiga
Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje
kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya
napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap
"masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der
sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang nih"

5 kali sehari
============ = 

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi
merasmikan pusat pembiakan lembu Australia.
Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya
menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. 

"Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan
sebanyak 5 kali sehari"

Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri
menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. 
"Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali
sehari bukan macam abang..!"

Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma
masam muka saja. Kemudian petugas di depan 
nya tadi meneruskan penerangan.. .
"Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina
berlainan sehari!"

Menteri dengan senyuman membisiki telinga isterinya.. 
"Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang
berlainan.. yang ni boleh aje... "

Tidak merasa kebahagiaan lagi
============ ========= =========

Seorang anggota polis berkata kepada seorang wanita...
"Puan.. puan adalah mangsa rogol.. Untuk menjaga 
sesuatu yang tidak kita inginkan..
puan tidak diizinkan untuk melihat wajah perogol itu.. si
perogol itu di penjara."

"Tapi tolonglah saya.. encik... Saya ingin bertemu 
beberapa minit saja. Sebab..
setelah kejadian rogol itu.. saya tidak pernah
merasakan kebahagiaan lagi."

"Saya tahu.. puan amat tertekan dengan kejadian itu." 

"Ya, sebab setelah saya dirogol.. barulah saya tahu
yang suami saya tidak sehebat si perogol tu...