.

.

Monday, 26 March 2012

Mawi dirompak dan diikat


26 Mac 2012,kira-kira pukul 4 pagi kediaman penyanyi terkenal Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah dimasuki perompak. Kejadian itu berlaku di kediaman Mawi dan isterinya, Ekin yang terletak di Bandar Baru Bangi.




Rumah mawi dipecah masuk ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.
Ketika kejadian juga, Mawi khabarnya turut diikat. Turut berada bersama di rumah ketika itu adalah Ekin, anak mereka yang baru berusia 3 minggu,Cahaya Malaika dan ibu mertua Mawi.


Ekin ketika ini masih lagi dalam tempoh berpantang setelah melahirkan Cahaya Malaika sekitar hujung Februari lalu.Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas pengurus peribadi Mawi  iaitu Mohd Nasir Ismail,Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Dalam rompakan itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Nak tau lebih lanjut  ambil keterangan dari Mawi sendiri.

SUMBER

motif rompakan mungkin dalam gambar ini...!@#$$%


Saturday, 24 March 2012

Merokok membawa padah - tersingkir 2 perlawanan

SEPANYOL, (AFP) - Real Madrid telah menyingkirkan  Fabio Coentrao penuh daripada skuad bagi pertembungan Liga La selepas gambar di merokok restoran.

Pemimpin-pemimpin Liga berkata keputusan untuk menyingkirkan Coentrao.
Walau bagaimanapun,  Coentrao telah dihukum berikutan penyiaran media tentang gambar merokok di restoran pada hari lahirnya bersama-sama dengan rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo.





.
Jose Mourinho tidak memasukkan Coentrao  untuk 2 perlawanan .Gambar beliau tersebar di internet semasa beliau dalam perjalanan untuk menyambut hari lahirnya 2 minggu yang lalu di sebuah restoran. Jose Mourinho menganggap itu melanggar peraturan dalaman kelabCoentrao akan dikenakan denda untuk tindakan beliau



just for information.


Friday, 9 March 2012

status vince chong mengenai ban konsert eryka badu

konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu dibatalkan.Konsert berkenaan dibatalkan apabila penyanyi itu dikatakan telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).



Malaysia telah mengharamkan konsert Erykah Badu yang dijadualkan akan diadakan di Malaysia. Erykah dikatakan menghina sensitiviti masyarakat “ kerana di badannya mempunyai tattoo Allah.

Allah adalah suci untuk umat Islam.   Kita tidak boleh sewenang-wenang meletakkan perkataan “Allah” di tempat-tempat yang tidak sewajarnya. Nak bawa kalimah Allah dalam toilet pun tak boleh!!!  Inikan pula Erykah Badu yang bukan beragama Islam meng tattoo badannya dengan perkataan Allah, dia akan membawa tattoo itu kemana-mana sahaja die suke. Kenapakah beliau memilih perkataan Allah? Tiada perkataan lainkah yang boleh di tattoo di badannya. Sepatutnya, Erykah Badu sebagai seorang public figure berfikir mengenai sensitiviti agama  sebelum melakukan sesuatu. Sebagai seorang muslim kita memang diharamkan bertattoo.nak tau lebih lanjut klik sini.

tapi baru-baru ni ade seorang penyanyi malaysia yang bukan beragama islam bangkit isu ni dalam facebook.

nak bace lebih lanjut klik sini

Apabila Erykah Badu seseorang bukan Islam telah berbuat tatu di dadanya, dah tentulah orang Islam telah rasa terhina dengan perlakuan beliau. Kalimah yang begitu suci telah dipermainkan oleh seseorang kafir sewenang-wenangnya. Beliau bukannya percaya kepada Allah, tetapi beliau telah menggunakan nama Tuhan dari agama lain untuk tujuan peribadinya dan keuntungan seninya. Sebagai seorang Islam apakah yang kita patut lakukan? Perlukan kita menjemputnya ke dalam negara kita dan memintanya mengadakan konsert? Perlukan kita membentangkan karpet merah untuknya dan memujanya seolah-olah beliau adalah seorang yang mulia? Perlukan kita mempertahankan tindakannya yang terang-terangan menghina Tuhan kita?


just for information. 


Saturday, 3 March 2012

indonesia vs bahrain 10-0

Bahrain menewaskan Indonesia 10-0 dalam kelayakan 2014 ,  4 gol separuh masa pertama dan 6 pada separuh masa kedua .





hal ini disebabkan pihak PSSI atas arahan FIFA melarang pemain dari ISL bermain dalam perlawanan ini.