.

.

Monday, 26 March 2012

Mawi dirompak dan diikat


26 Mac 2012,kira-kira pukul 4 pagi kediaman penyanyi terkenal Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah dimasuki perompak. Kejadian itu berlaku di kediaman Mawi dan isterinya, Ekin yang terletak di Bandar Baru Bangi.




Rumah mawi dipecah masuk ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.
Ketika kejadian juga, Mawi khabarnya turut diikat. Turut berada bersama di rumah ketika itu adalah Ekin, anak mereka yang baru berusia 3 minggu,Cahaya Malaika dan ibu mertua Mawi.


Ekin ketika ini masih lagi dalam tempoh berpantang setelah melahirkan Cahaya Malaika sekitar hujung Februari lalu.Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas pengurus peribadi Mawi  iaitu Mohd Nasir Ismail,Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Dalam rompakan itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Nak tau lebih lanjut  ambil keterangan dari Mawi sendiri.

SUMBER

motif rompakan mungkin dalam gambar ini...!@#$$%


0 celoteh: