.

.

Friday, 9 March 2012

status vince chong mengenai ban konsert eryka badu

konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu dibatalkan.Konsert berkenaan dibatalkan apabila penyanyi itu dikatakan telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).



Malaysia telah mengharamkan konsert Erykah Badu yang dijadualkan akan diadakan di Malaysia. Erykah dikatakan menghina sensitiviti masyarakat “ kerana di badannya mempunyai tattoo Allah.

Allah adalah suci untuk umat Islam.   Kita tidak boleh sewenang-wenang meletakkan perkataan “Allah” di tempat-tempat yang tidak sewajarnya. Nak bawa kalimah Allah dalam toilet pun tak boleh!!!  Inikan pula Erykah Badu yang bukan beragama Islam meng tattoo badannya dengan perkataan Allah, dia akan membawa tattoo itu kemana-mana sahaja die suke. Kenapakah beliau memilih perkataan Allah? Tiada perkataan lainkah yang boleh di tattoo di badannya. Sepatutnya, Erykah Badu sebagai seorang public figure berfikir mengenai sensitiviti agama  sebelum melakukan sesuatu. Sebagai seorang muslim kita memang diharamkan bertattoo.nak tau lebih lanjut klik sini.

tapi baru-baru ni ade seorang penyanyi malaysia yang bukan beragama islam bangkit isu ni dalam facebook.

nak bace lebih lanjut klik sini

Apabila Erykah Badu seseorang bukan Islam telah berbuat tatu di dadanya, dah tentulah orang Islam telah rasa terhina dengan perlakuan beliau. Kalimah yang begitu suci telah dipermainkan oleh seseorang kafir sewenang-wenangnya. Beliau bukannya percaya kepada Allah, tetapi beliau telah menggunakan nama Tuhan dari agama lain untuk tujuan peribadinya dan keuntungan seninya. Sebagai seorang Islam apakah yang kita patut lakukan? Perlukan kita menjemputnya ke dalam negara kita dan memintanya mengadakan konsert? Perlukan kita membentangkan karpet merah untuknya dan memujanya seolah-olah beliau adalah seorang yang mulia? Perlukan kita mempertahankan tindakannya yang terang-terangan menghina Tuhan kita?


just for information. 


0 celoteh: